Sunday, 11 January 2009

Ahad oh Ahad..

Lima hari tak cukup tido (to my standard) campur dengan hari2 yang panjang dan disudahi dengan pagi Ahad yang bersukan (sebab Jumaat malam takde sukan dan Ahad malam ada function) maka dengan itu mengakibatkan badan yang lemah lesu tak bermaya seakan akan ingin tumbang bila2 masa saja lagi.

Dan dengan ini saya pun mengambil langkah pencegahan segera dengan meminum air bercampur madu UMF8. Gigi pun rasa seperti ingin turut serta dalam perarakan bantahan penderaan oleh agensi2 penguatkuasa pengoperasian badan. "Kalau awak tidak rehat, NAHAS awak nanti" serta laungan slogan2 lain yang membengkakkan kepala serta gusi dan rahang terngiang ngiang di kepala.

Seperti operasi ketenteraan pun ada.

Dan dengan itu saya mengundur diri untuk berehat seketika..

No comments: