Wednesday 21 November 2007

Update..

Satu je cerita pun. Esok nak gi jumpa beberapa orang yang *ehem* perlukan pertolongan menterjemahkan jadual excel.

Pokcik bukannya terer pun nak terjemah-terjemah ni tapi memandangkan pokcik yang buek table-table tu, buleh le sekadar nak pasang lampu skek..

Moga terteranglah esok, harapnya..

Tuesday 20 November 2007

Bertemu Pakcik Hussain

Namun begitu, pakcik ini lebih selesa jika dipanggil Pak Habib.

Aku kenal Pak Habib ni dari tahun 2000 lagi, sewaktu aku mengajar di IIC (tiada kaitan dengan kolej anjuran UIA). Dia amat dikenali di sekolah itu, punca dan sebab yang aku tak berapa tahu tapi mungkin juga berkaitan dengan kerjayanya sebagai penulis politik. Pertemuan pertama aku dengan Pak Habib berlaku pada tahun itu juga apabila beliau dijemput untuk memberikan penerangan berkaitan kerjayanya sebagai penulis.

Aku bertemu kembali dengan Pak Habib pada hari Ahad minggu lepas. Anaknya, Syed Muhammad mengadakan program makan-makan sempena kepulangannya ke Malaysia setelah hampir setahun menuntut di Universiti Ottago, Tanah Zea Baru dan aku antara yang hadir. Dalam perjalanan ke Janda Baik, hati aku tak henti-henti berkata "Kali ini, boleh aku tanya, "Where's Uncle Hussain?"" dan boleh aku katakan kepada orang ramai bahawa "I met Uncle Hussain!"

Unfortunately his son has yet to hear about the group Meet Uncle Hussain which rendered the pun, dead.

Takpelah. Some other pun some other time :)

SO, anyway, the writing's not thought up because of the janda baik gathering but from a new realisation with supporting evidence that lately..

i seem to enjoy songs that speaks of frustration.

Betul. Aku mula dengar "Lagu Untukmu" secara tak sengaja melalui corong radio. Kemudian terdengar lagi melalui televisyen tapi cuma menyedari kandungan lirik dalam lagu itu sebentar tadi.

"Lagu ni quite depressing, kan?" I thought. I can recall loving Cranberries' Linger and Radiohead's Creep. Honestly, if I focus long enough, there are many other songs that I like that's really dark inside.

And I wonder why..

Saturday 10 November 2007

Ini satu cerita..

Aku rasa selama ni yang aku tulis kat blog, lebih banyak sia-sia daripada yang bermakna. Aku baru terjumpa blog-blog daripada fellow Malaysians yang merantau untuk bekerja mahupun belajar dan aku rasa kandungan blog-blog mereka amat.. bernilai.

Mungkin tidak semua namun jika dibandingkan dengan blog ini, jauh panggang dari apilah gayanya.

Ada sorang tu belajar bahasa Mandarin secara tidak rasmi. Dalam tempoh 2 tahun, dia dah boleh bertutur dan berinteraksi dalam bahasa tersebut. Aku dulu belajar secara tidak rasmi juga namun setelah 2.5 tahun, aku rasa aku masih di tahap beginner.

Begitu banyak topik perbincangan yang dikemukakan oleh blog-blog mereka itu hinggakan aku terleka membaca, sesuatu perkara yang telah lama tak dibuat. Aku juga berkesempatan bertemu rakan-rakan lama yang aku kenal semasa belajar dahulu, di sebuah galeri seni di Jalan Damai ketika aku pergi (tanpa perancangan) untuk berjumpa dengan kawan aku punya kawan yang kini seakan-akan kawan aku juga.

Betapa kecilnya dunia ini, kecil lagi Kuala Lumpur, di sana ada Haris Zalkapli, kawan sebilik aku ketika di tahun kedua matrikulasi dan Syed Nurlhaq (sampai sekarang aku masih tertanya samada ejaan itu betul) yang aku temui ketika beratur di hadapan Kolej Sheikh Daud Al-Fattani pada hari pertama matrikulasi di UIA. Meskipun kami kenalan lama, tak banyak kisah-kisah silam yang tersebut oleh kerana kami tidaklah terlalu akrab, cuma wujud rasa hormat antara satu sama lain. Aku juga sempat bertemu seorang ahli politik dalam pembuatan (politician in the making? :P) di sana dan terasa sedikit canggung apabila dia memanggil aku "abang"..

Lama siot orang hampir sebaya tak panggil macam tu!!

InsyaAllah, jalan aku ke arah peningkatan semangat diri telah bermula, semoga ia akan terus maju.