Friday 19 December 2008

From a Beamer to a Merc..


Membuatkan poket saya berasa sangat ringan sekarang dan juga melegakan hati dan perasaan yang bingung.

Untuk Abe, inilah hasilnya setelah dinilaikan untung-ruginya menyimpan sebuah telefon pcpoket yang berusia 2 tahun. Telefon itu telah berjaya membuktikan bahawa ia tidaklah lagi sihat dan selamat untuk digunakan. Tuan punya kedai pembaikan juga tidak mampu memberi jaminan terhadap penggantian papan ibu yang telah dibaikpulih. Dengan rasa kurang berat hatinya saya menerima cadangan menebus-jual telefon 525 tersebut setelah difikirkan sengsara yang bakal dielakkan dan setelah diperjanjikan akan ditemukan saya dengan pengedar dan wakil penjual sah bagi bahan mainan idaman saya semenjak 2 minggu lepas.

Tanpa berlengah lagi saya mengikuti wakil penjual tersebut ke gerainya dan menilik barang mainan yang amat amat diidamkan. Disoalnya mamat itu dan juga diminta membelek beberapa lagi bahan mainan lain untuk dibuat perbandingan yang nyata berat sebelah ke arah mainan yang terkini. Ah, ikut hati mati, baik sahaja matikan peribahasa itu :P Setelah ditimbangkira semula, saya menerima tawaran telefon tersebut dengan muatan memori tambahan 8GB dan alat pengecas dalam kenderaan yang asli.

Saya masih belum mengenalpasti kebolehan sepenuhnya bahan mainan itu namun setelah 5 tahun terpisah dengan jenama Nokia, saya kini berNokia kembali.

Saya sayang kamu juga, E66 :)

p/s: buat abang-abang yang sangsikan kandungan botol di sebelah itu yang berlabelkan 'adhesive liquid', itu adalah gam non toxic dan tanpa solvent.

1 comment:

Anonymous said...

Good trade bang.

Alah membeli menang memakai.
Nokia still the best and i've sticked to it for the past donkey years.

Good choice for you...