Aku dulu sekolah asrama. Semua family aku sekolah asrama penuh, kecuali Khalisah. Khalisah special sikit sebab dia belajar di sekolah antarabangsa. Lain zaman, lain waktu, lain orang, lainlah rezekinya..
Ayah, Abang dan aku belajar di MTD, Sungai Besi. Mama di TKC, Seremban. Kakak ipar aku, Azlina, di SMAP Labu. Oh, Julina pun belajar di SMAP Labu. Faizal Arif pun di SMAP Labu (rasanya). Ayah dan Mama graduan USM, jurusan komunikasi massa. Abang, aku dan kakak ipar aku dari UIA. Abang dan aku jurusan kejuruteraan, kakak ipar aku jurusan pengurusan perniagaan. Khalisah baru mula belajar dan mengambil jurusan komunikasi massa juga.
Kalau ditanya orang-orang yang pernah belajar di sekolah berasrama penuh, memang banyak yang boleh diceritakan. Dalam banyak-banyak cerita itu, mesti ada terselit kisah di dewan makan ataupun cerita berkisarkan 'kesengsaraan' menghadapi hidangan pemakanan di sana. Kicap bukan kicap, Milo bukan Milo, mentega dalam tin sebesar tin Milo 5kg dan mee goreng sarapan pagi kadang-kadang tu boleh tergigit garam sebesar penumbuk!
Ada kisah roti yang keras sekeras batu dan kisah pecah masuk stor dewan makan atas sebab kelaparan. Pernah terjadi ketika aku di tingkatan 3, pelajar tingkatan 5 ditangkap memasuki dewan makan. Apabila disoal, diberitahu bahawa mereka kelaparan. Komandan pada ketika itu Kolonel Hussein bin Yusoff (anak bongsu dia lawa!). Senior-senior aku tu diberi amaran keras tapi tidak diambil tindakan. Adalah menjadi tanggungjawab pihak pentabiran untuk memastikan bahawa anak-anak jagaan mereka mendapat peluang pemakanan yang secukupnya dan Kolonel Hussein sedar akan itu.
Kisah Kolonel Hussein ini banyak. Dialah yang mengujudkan pertandingan kelas terbersih (yang mana kelas aku menang tersangatlah banyak kalinya dan dapat habuan KFC pada setiap bulan kemenangan). Dia amat suka membuat lawatan diluar waktu kerja dan jangkaan kami. Dia aktif dan berpandangan jauh. Sayang sekali, jodohnya tidak lama dan dia bersara selepas mendapat satu bintang.
Selain daripada cerita hal makan dan dewan makan, pasti juga ada kisah-kisah seram yang pernah diceritakan dari seorang ke seorang yang lain dan tak kurang juga melalui pengalaman sendiri. Aku kira aku amat bernasib baik kerana tidak pernah melalui pengalaman itu secara terus tapi pernah juga terlibat menahan seorang yang dirasuk daripada keluar bilik (dikhuatiri terjun bangunan) bersama 8 orang yang lain. 1 lawan 9. Hebat.
Tapi, kesemua cerita dan pengalaman aku di sekolah berasrama penuh kurang nikmatnya jika dibandingkan dengan pengalaman terakhir aku pada tahun 1993. Nak tahu? Haa, tungguuuuu... ;)
*ehem..* -to be continued-

No comments:
Post a Comment