Friday 6 February 2009

Seminggu lamanya

Seminggu lamanya aku tak cerita-cerita kat sini. Ha, betul la, sebab last sekali aku tulis pun bulan lepas. Seminggu ni jugak aku rasa aku paling berhemah sekali datang kerja. Bukan sekadar tak lambat, malah ada yang datang 1.5 jam lebih awal daripada waktu yang sepatutnya. Hahaha.. aku sendiri terkejut. Hebat, no?

Jangan tak tahu, aku ni jenis orang yang pantang ada waktu lapor diri, mesti boleh lambat sikit. Kalau masuk kerja patutnya pukul 8, aku sampai 8:30. Patutnya pukul 9, aku sampai 9:30. Jadi tak hairanlah bila waktu kerja aku patutnya pukul 10, aku sampai 10:30. Sampaikan ada rakan sepejabat aku tulis surat aduan kepada bos aku sebab aku selalu sangat datang lambat.

Dapat pulak satu masa tu, dalam seminggu, bukan je aku datang terlewat sikit tapi aku pun balik awal. Bukan apa, dalam seminggu tu jugak la aku berulang-alik ke Seri Menanti dengan abang aku dan kereta hitam dia. Sempat la jugak salah satu malam dalam seminggu tu aku sebat kereta dia lebih 180km/j. Hebat aku rasa bawak keta dia tapi bukan jenisnya untuk aku. Aku suka bawak keta laju-laju tapi aku tak suka berenti kalau ada lubang ke, ada jalan yang tak rata ke. Jadinya kenderaan yang manja dan tak mampu nak redah segala ni mungkin bukan untuk aku. Haa, yang untuk aku, itu gergasi hitam berlogo bujur-bujur itu.. Kalau kasi lowered sikit, pergh! hahaha..

Oh, berbalik kepada kisah yang aku nak ceritakan ni, memandangkan aku bukan pekerja contoh dan ketidakcontohan aku ini telahpun diadukan kepada 'pihak yang bertanggung', dan setelah ditegur oleh sipenanggung itu, aku pun terasa untuk berbuat baik dan berdisiplin sikitlah. Mungkin sedikit sahaja tapi sedikit itulah yang paling berkesan.

Jadi untuk sepanjang minggu ini, kehadiran aku bukan sahaja boleh dibuat contoh malah tak malulah kiranya ingin dimuatkan ke dalam kategori pekerja mithali seantero syarikat. Bukan sahaja aku datang terlampau awal, buat kerja bagai nak pecah perut, kerongkong dan kepala lutut malah tugasan yang kebiasaannya dilakukan oleh dua orang pekerja aku laksanakan sendiri tanpa timbul masalah besar. Aku, yang tidak punya apa-apa pengalaman terdahulu berkaitan industri ini kini mampu menangani kehendak pelanggan dengan jayanya.

Jangan tak rasa hebat la, kan?

Setiba sahaja di pejabat, ada-ada aja perkara yang perlu dilakukan. Begitu banyaknya kerja pada tempoh ini hinggakan aku tidak punya masa untuk berfacebook mahupun melewati emel-emel aku melainkan untuk beberapa ketika yang pendek sahaja. Sungguh, aku terasa begitu 'invigorated' sekali dan berkali-kali lagi. Terasa bermakna dan memberi erti. Sungguh, aku terasa seperti layak penerimaan gaji pada tempoh tersebut.

Tapi Azmil akan tetap menjadi Azmil. Hari ini aku masuk pejabat jam 11pagi.

Hampeh la Azmil ni.. :P

2 comments:

::phoenixnoir:: said...

I always find it weird whenever you post in Malay since I always think of you talking in English so when it's worded in Malay, I think of you talking in Malay and it's...well...weird lor.
Word verification this time is: cratombi.
How weird is THAT?

(The repetition of the word 'weird' was deliberate)

rj.zyra said...

man, who started the word verification thingy here?? :D

hahaha.
apa laa you. funny, funny. kenapa tak ambik half day terus. masuk after lunch , baru cool beb. :P

haha.

mine is : copeca

reminds me of capoeira. ?
haha. lame.