Setiap kali menjelang Hari Kebangsaan, rumah aku tak lupa untuk kibarkan Jalur Gemilang. Aktiviti mengibar bendera kami bermula sebelum bendera itu diberi nama lagi, hingga waktu ia masyhur dan namanya dibuat lagu. Aku tidak ingat apakah reaksi jiran tetangga ketika di Bangsar dan Damansara namun jiranku disebelah kiri dan kanan rumah sekarang masing-masing mengibarkan Jalur Gemilang itu di pagar rumah mereka.
Pernah satu masa dulu seorang menteri yang tidak punya keprihatinan terhadap sentimen masyarakat mengatakan bahawa golongan yang berbangsa Cina dan India tidak mempunyai semangat patriotik kerana tidak mengibarkan Jalur Gemilang menjelang Hari Kebangsaan. Tuduhan melulu seperti itu telah mendapat reaksi negatif daripada jiranku sebuah keluarga Cina yang berasal (secara kebetulan) dari Kelantan. Kami bertanya kepada Uncle mengapa tidak dikibarkan bendera itu dan dengan nada kecewa dia mencemuh kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri tersebut.
Kepada mereka yang mendiami kawasan Ampang Jaya dan Taman TAR, mereka akan tahu bahawa kawasan ini majoriti penduduknya adalah daripada Bangsa Melayu. Kalau peratusan itu tidak sampai 80%, berkemungkinan dalam lingkaran 50 hingga 70% mereka adalah Melayu. Sepanjang aku berada di Malaysia baru-baru ini, aku menyedari bahawa tidak banyak rumah sepanjang Jalan Kolam Ayer Lama mahupun di seluruh taman perumahan aku mengibarkan Jalur Gemilang. Seandainya menteri yang mengata songsang itu datang ke kawasan kediaman aku ini, sudah pasti dia akan berlari keluar sambil menyorok ekornya di celahan kaki.
Aku pelik.. Mengapa kita tidak mengibarkan bendera? Pihak kerajaan yang memerintah negeri, negara dan juga memegang kerusi DUN Ampang telah bersusah payah mengadakan pelbagai program demi menyambut 50 tahun kemerdekaan kita dan telah juga berbelanja jutaan ringgit untuk menarik pelancong luar namun kita sebagai rakyat di negara ini masih gagal untuk menyumbangkan sedikit wang ringgit untuk membeli Jalur Gemilang, tali dan sebatang kayu agar dapat ia dikibarkan di perkarangan rumah. Jalur Gemilang yang murah berharga RM8 dan yang sedikit elok berharga RM12. Mahal sangatkah? Ataupun kita masih bermentaliti subsidi?
*kalau kerajaan nak suruh kita kibar bendera, bagi la bendera free?*
The event that triggered my writing of this blog happened just an hour or two ago. After the kenduri at our house ended and the last guests left, I went on to send my cousins and aunty back. On the way to Batang Kali, I passed by a lot of shops in a Chinese dominated area and saw that almost all shops have their Jalur Gemilangs out.
I felt ashamed because the people who were supposed to be the "native" of this country fails to live up to the spirit of independence while those who were "immigrants" fly "our" flags with pride. Where can I now put my face?