Saturday, 10 November 2007

Ini satu cerita..

Aku rasa selama ni yang aku tulis kat blog, lebih banyak sia-sia daripada yang bermakna. Aku baru terjumpa blog-blog daripada fellow Malaysians yang merantau untuk bekerja mahupun belajar dan aku rasa kandungan blog-blog mereka amat.. bernilai.

Mungkin tidak semua namun jika dibandingkan dengan blog ini, jauh panggang dari apilah gayanya.

Ada sorang tu belajar bahasa Mandarin secara tidak rasmi. Dalam tempoh 2 tahun, dia dah boleh bertutur dan berinteraksi dalam bahasa tersebut. Aku dulu belajar secara tidak rasmi juga namun setelah 2.5 tahun, aku rasa aku masih di tahap beginner.

Begitu banyak topik perbincangan yang dikemukakan oleh blog-blog mereka itu hinggakan aku terleka membaca, sesuatu perkara yang telah lama tak dibuat. Aku juga berkesempatan bertemu rakan-rakan lama yang aku kenal semasa belajar dahulu, di sebuah galeri seni di Jalan Damai ketika aku pergi (tanpa perancangan) untuk berjumpa dengan kawan aku punya kawan yang kini seakan-akan kawan aku juga.

Betapa kecilnya dunia ini, kecil lagi Kuala Lumpur, di sana ada Haris Zalkapli, kawan sebilik aku ketika di tahun kedua matrikulasi dan Syed Nurlhaq (sampai sekarang aku masih tertanya samada ejaan itu betul) yang aku temui ketika beratur di hadapan Kolej Sheikh Daud Al-Fattani pada hari pertama matrikulasi di UIA. Meskipun kami kenalan lama, tak banyak kisah-kisah silam yang tersebut oleh kerana kami tidaklah terlalu akrab, cuma wujud rasa hormat antara satu sama lain. Aku juga sempat bertemu seorang ahli politik dalam pembuatan (politician in the making? :P) di sana dan terasa sedikit canggung apabila dia memanggil aku "abang"..

Lama siot orang hampir sebaya tak panggil macam tu!!

InsyaAllah, jalan aku ke arah peningkatan semangat diri telah bermula, semoga ia akan terus maju.

4 comments:

47 said...
This comment has been removed by the author.
47 said...

I feel honored that you think highly of the content of some blogs you read (mine is one of em I think).

I look forward to reading more of your ideas/thoughts/nukilan etc.

Anonymous said...

hullo.
- bin ismail al-gombakki

Ash said...

You've been tagged (again). Check out my blog!